Skuad hoki negara menerima tamparan menjelang pemburuan pingat emas Sukan Asia Indonesia, bulan depan apabila pertahanan, Najmi Farizal Jazlan, mengambil keputusan mengejut meninggalkan kem latihan kebangsaan.

Najmi diletakkan selaku pertahanan utama dalam beberapa kejohanan penting seperti separuh akhir Liga Dunia, Piala Asia dan Sukan Komanwel Gold Coast.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Perlis itu membuat keputusan mengejut meninggalkan The Malaysian Hockey Tigers selepas melangsungkan perkahwinan, minggu lalu.

Ketua jurulatih, Stephen van Huizen, tiada pilihan kecuali meneruskan persiapan dengan pemain sedia ada.

"Pemain yang penting dalam pasukan tetapi kami menghormati keputusan Najmi. Tetapi beberapa pemain yang telah kami pantau untuk mengisi kekosongan ketika membuat persiapan menghadapi Sukan Asia," katanya.

Skuad hoki negara akan mengadakan lima aksi persahabatan menentang pasukan ranking pertama dunia, Australia di Perth, bermula 21 Julai ini.

Ia sebahagian persiapan menghadapi Sukan Asia Indonesia.