Pemain tengah skuad B-23 negara, Safawi Rasid, tidak sabar untuk menyarung jersi negara menghadapi saingan Sukan Asia Indonesia, 18 Ogos hingga 2 September depan.

Berpandukan kepada prestasi semasa, Safawi yang semakin konsisten dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta'zim (JDT), sudah pasti menjadi pilihan utama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk dibawa ke Indonesia.

Keterujaan Safawi sendiri tidak terbendung untuk sekali lagi menyumbang kudrat buat skuad kebangsaan selepas kali terakhir bersama skuad negara dalam Kejohanan AFC B-23 tahun di Kunshan, China awal tahun lalu.

"Saya berharap dapat menampilkan aksi terbaik ketika menyarung jersi negara," kata Safawi.

Cuma, apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah pelepasan pihak majikan ke atas pemain-pemain yang bakal disenaraikan memandangkan saingan Liga Malaysia masih lagi berlangsung ketika itu.

"Saya berharap kesemua pemain yang terpilih dapat memberikan komitmen dalam saingan Sukan Asia nanti," katanya.

Difahamkan, Kim Swee hanya mampu melewati latihan ke Sukan Asia lebih kurang seminggu sahaja sebelum berlepas ke Jakarta ekoran kekangan jadual Liga Malaysia.