Pelari jarak jauh negara, K. Prabudass, menganggap masa kelayakan 14 minit 06.84 saat untuk ke Sukan Asia Jakarta-Palembang secara merit adalah sesuatu yang tidak mustahil dilakukan meskipun masa semakin suntuk.

Prabudass mempunyai kira-kira tiga bulan sahaja lagi untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Asia dengan perlu mengatasi masa 14:06.84s yang juga merupakan rekod kebangsaan milik M. Ramachandran.

Walaupun kian suntuk, dia percaya tidak mustahil untuk cuba melakukan masa terpantas dalam dua saingan Terbuka Korea Selatan dan Vietnam pada bulan ini.

Setakat ini, catatan masa terbaik yang pernah dilakukan Prabudass adalah 14:57.43 saat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

"Latihan saya ketika Sukan SEA amat baik dan kini saya terus menjalani latihan sebagai persiapan melayakkan diri ke Sukan Asia," kata Prabudass.

Sekiranya dia gagal, maka Malaysia tidak akan menghantar mana-mana atlet bagi acara 5,000 meter dalam Sukan Asia memandangkan hanya Prabudass yang konsisten untuk acara itu selepas Ramachandran.

"Berdasarkan Sukan SEA, Malaysia telah lama tidak menghadirkan pingat untuk negara dan saya berharap dapat memecahkan rekod Ramachandran," katanya lagi.