Penyerang Tottenham, Son Heung-min, mendedahkan mengenai tekanan mengetuai Korea Selatan dalam Sukan Asia baru-baru ini.

Son merupakan bintang dalam skuad Korea Selatan dan dipilih sebagai salah seorang pemain lebih umur dalam saingan B-23 tahun itu di Jakarta.

Korea Selatan meraih kemenangan 2-1 ke atas Jepun dalam masa tambahan dalam final, sekali gus mengelak daripada kewajipan menjalani khidmat tentera di atas kejayaan mereka.

Son, yang mengakui risiko menyertai temasya tersebut kerana berpotensi kehilangan tempat dalam skuad Spurs, berasakan ia adalah keputusan yang tepat.

"Sejujurnya, saya agak gementar dalam aksi final," kata Son. "Saya tidak dapat tidur malam kerana terlalu gementar.

"Ia merupakan satu perjudian tetapi saya yakin kami mampu memenanginya.

"Saya sangat berbangga kerana memenangi Sukan Asia untuk Korea Selatan," katanya lagi.