Trofi Juara-juara STL: PSM perlu kaji semula pendaftaran

Oleh Azizan Hashim 1 Disember 2019 2429
 Trofi Juara-juara STL: PSM perlu kaji semula pendaftaran
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) perlu kaji semula peraturan mengenai pendaftaran pemain untuk kempen trofi Juara-juara STL 2019 di Johor Bahru, 22 hingga 28 Disember ini. 

Peraturan mendaftarkan hanya lima pemain menyaksikan setiap pasukan hanya boleh menggunakan sama ada seorang tekong, dua perejam dan dua pengumpan atau mana-mana kombinasi bersesuaian. 

Apa yang pasti satu posisi hanya akan mempunyai seorang pemain tetapi berisiko mengalami kecederaan. 

Berdasarkan setakat ini sebanyak 12 pasukan iaitu enam STL dan enam negara luar akan menyertai kejohanan ini. 
 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen