Syahir, Zulkifli nekad bersara 

Oleh Staff Writer 12 Julai 2019 32028
Syahir, Zulkifli nekad bersara 
Susulan kemelut yang melanda skuad sepak takraw negara, tekong utama, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, mengambil keputusan mengejutkan apabila hari ini mengumumkan untuk terus bersara daripada skuad kebangsaan.

Duo tekong tersebut kini digugurkan daripada kem kebangsaan selain turut digantung daripada menyertai sebarang aktiviti sepak takraw anjuran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Kedua-dua pemain berkenaan masih berpeluang untuk menyarung jersi negara dengan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Tatatertib PSM yang dijadualkan bersidang 14 hari selepas badan induk itu mengeluarkan surat tunjuk sebab.

Dakwaan PSM bahawa mereka mempunyai masalah disiplin yang telah berlarutan sejak sekian lama menyebabkan Syahir dan Zulkifli tawar hati untuk terus menyumbang bakti kepada skuad kebangsaan biarpun pada masa depan.

"Kami nak bermain untuk Malaysia, mengharumkan nama negara. 

"Tetapi pengurusan buat sesuka hati, buang pemain tanpa sebab. 

"Elaun kami dipotong separuh, jadi saya fikir tidak main sepak takraw pun tidak mengapa, mereka (PSM) boleh ambil duit elaun itu," kata Syahir.

Menurut Zulkifli pula," Kami sudah minta dilepaskan dengan cara baik tetapi dituduh pula terlibat dengan masalah disiplin.

"Kami tidak akan berbunyi kalau dilepaskan dengancara baik."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen