Sukan SEA 2019: ASTAF lega regu berpasukan kembali tersenarai

Oleh Staff Writer 21 Januari 2019 788
Sukan SEA 2019: ASTAF lega regu berpasukan kembali tersenarai
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, meluahkan perasaan gembira selepas acara regu berpasukan kembali disenaraikan dalam Sukan SEA Filipina 2019. 

Halim menganggap ia tindakan bijak selepas pihak tuan rumah sebelum ini bertindak mahu menggugurkan acara itu.

Beliau jelas berpuas hati selepas ASTAF dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berjaya mengekalkan acara itu.

Sebelum ini, Malaysia meraih dua emas dalam edisi Kuala Lumpur 2017 menerusi acara regu lelaki dan chinlone.

"Selepas mendapatkan butiran daripada pihak PSM, kami terus membentangkan kepada pihak penganjur tentang kepentingan acara itu dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019," katanya. 

Dalam pada itu, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menolak rayuan PSM untuk menamatkan lebih awal penggantungan jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad, dan penolongnya, Mohd Rashidi Nordin. 

Kedua-dua individu itu diambil tindakan susulan insiden dalam perlawanan akhir regu berpasukan Kejohanan Piala Raja Thai 2016 di Fashion Island, Bangkok, apabila didakwa enggan meneruskan perlawanan selepas membantah tindakan pengadil dari Vietnam yang dilabel berat sebelah. 

"Dalam kes ini, ISTAF tidak mempunyai halangan untuk PSM mengekalkan khidmat kedua-dua jurulatih itu selepas mereka bebas daripada penggantungan.

"Namun, saya ingin memberikan amaran bahawa mereka tidak boleh mengulangi sebarang salah laku dalam sukan sepak takraw," tambah Halim yang juga merupakan setiausaha agung ISTAF.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen