STL: Perak kerah keringat sebelum menang

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2019
STL: Perak kerah keringat sebelum menang
Perak Bison terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mencetak kemenangan kelapan saingan Liga Sepak Takraw (STL) apabila menundukkan pendatang baru, Negeri Sembilan Antlers di Gem In Mall, Cyberjaya, sebentar tadi.

Antlers yang berada di kedudukan kelapan liga bermula dengan baik dalam aksi set pertama apabila servis Hisyam Mat dan juga keberkesanan umpanan Syazreen Qamar Salehan memberi ruang sempurna untuk Khairol Zaman melakukan rejaman sekaligus merakam kemenangan 21-18 di set pertama.

Hilang fokus menyaksikan tekong Bison, Meor Zulfikar, digantingkan dengan import dari Thailand, Natawut Naewprom, dan percaturan jurulatih, Ismi Ismail ternyata membuahkan hasil apabila variasi servis dengan servis drop menjadi senjata utama untuk Perak kembali menyamakan kedudukan apabila menang 21-8.

Aksi set penentuan lebih mendebarkan apabila kedua-dua pasukan saling mengutip mata demi mata hingga perlawanan terikat 17-17 namun kawalan gelanggang yang kurang sempurna menjadi punca kekalahan Antlers di tanga Bison dengan keputusan 21-19. 

Keputusan lain:

ATM Guardians 2 Kelantan Warriors 0
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen