Kuala Lumpur Thunder terus memastikan mereka meraih kemenangan kesembilan di minggu terakhir saingan Liga Sepak Takraw (STL) selepas menundukkan Terengganu Turtles dalam straight set di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Menuju minggu terakhir STL, kemenangan diharapkan KL Thunder untuk memperbaiki kedudukan dalam zon pertengahan liga.

Bertemu skuad Turtles yang hanya merekodkan empat kemenangan dalam 17 perlawanan, ternyata kelebihan memihak anak buah Azhar Sarabini dan Rashidi Nordin itu.

Ia terbukti dalam set pertama apabila skuad Thunder unggul mencipta kemenangan 21-16 dan walaupun Turtles cuba mengharapkan kehebatan pemain kelahiran Thailand, Narongsak Jittisak, untuk memastikn perlawanan diheret ke set penentuan, namun barisan bimbingan Futra Ghani itu terpaksa akur tewas 15-21.

KL Thunder akan menutup saingan musim ini apabila berdepan pasukan yang menduduki tangga keenam liga, Negeri Sembilan Antlers, esok.