STL: Ismi harap Bison tidak pandang mudah Mountaineers

Oleh Azizan Hashim 14 September 2019 181
STL: Ismi harap Bison tidak pandang mudah Mountaineers
Jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, berharap anak buahnya tidak terlalu yakin apabila turun bertemu Sabah Mountaineers dalam Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium MABA hari ini.

Baginya, sikap sedemikian hanya mengundang masalah kerana akan membuat pemain leka dan bersikap sambil lewa.

"Saya berharap pemain tidak memandang rendah keupayaan lawan walaupun Sabah adalah pendatang baru dalam STL.

"Saya bimbang sikap terlalu yakin itu akan memakan diri," katanya sebagai mengulas perlawanan ketiga Bison dalam kempen minggu kedua STL itu.

Perlawanan kedua Bison ialah bertemu Johor Tigris esok.

Pasukan itu memulakan kempen dengan nasib berbeza dalam dua perlawanan minggu lalu.

Bison bermula dengan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu Turtles tetapi tewas kepada juara bertahan, Penang Black Panthers, 2-0.

Justeru, Ismi berharap pemainnya bangkit minggu ini bagi mengutip mata penuh dalam kedua-dua perlawanan.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen