STL: Black Panthers calar rekod Guardians

Oleh Staff Writer 20 September 2019
 STL: Black Panthers calar rekod Guardians
Juara bertahan, Penang Black Panthers, meleburkan rekod empat kemenangan bersih ATM Guardians dalam kempen Liga Sepak Takraw (STL) 2019 dengan kemenangan bergaya 2-0 di Stadium MABA, malam ini. 

Penang Black Panthers memulakan saingan dengan corak permainan pantas yang diterajui Purached Yodsaen, Zaim Razali dan Azlan Alias.

Berdepan lawan yang mahu kekal di puncak itu, Black Panthers menampilkan aksi terbaik dalam set pertama.

Gabungan terbaik pemain Black Panthers itu menyaksikan mereka mengungguli set pertama 21-13. 

ATM cuba bangkit, namun usaha mereka sering digagalkan dengan pertahanan mantap lawan. 

Selepas berhempas-pulas, ATM tetap gagal untuk membenarkan Black Panthers meraih kemenangan 21-19.

Sementara itu, Terengganu Turtles terpaksa akur biarpun sempat memberikan saingan sengit sehingga mengheret perlawanan ke penentuan set sebelum membenarkan Johor Tigris membawa pulang kemenangan 14-21, 21-18, 18-21. 

Keputusan lain: 

Perak Bison mn PDRM Defenders 21-8, 18-21, 21-15

Negeri Sembilan Antlers kk Kuala Lumpur Thunder 18-21, 21-11, 16-21

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen