Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan kembali lagi

Oleh Farizal Yusoff 16 November 2019 307
Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan kembali lagi
Selepas ditangguhkan bagi menghormati arahan berkabung susulan kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan  (TMBK) akan kembali di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, 6 hingga 8 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata 32 regu dijangka menyertai kejohanan itu yang menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada juara.

"Naib johan pula akan membawa pulang RM3,000 manakala RM1,000 untuk ketiga bersama. Regu yang mara ke suku akhir akan menerima RM250.

"Kejohanan ini dikhaskan kepada anak negeri Kelantan sahaja dan regu yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Roslan mengucapkan tahniah kepada Kelantan Warriors yang berjaya layak ke saingan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) bulan depan.

"Secara peribadi saya kagum dengan pencapaian Warriors yang menunjukkan prestasi terbaik dalam saingan STL musim ini. Biarpun persiapan yang dibuat agak singkat, pemain berjaya membuktikan kemampuan untuk bersaing merebut kejuaraan.

"Insya-Allah, untuk kempen Piala Juara-Juara pula, saya yakin mereka (pemain) mampu mencapai sasaran ke separuh akhir sebagaimana yang ditetapkan persatuan," katanya di Kota Bharu, hari ini.
 

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen