Juara Liga Perdana STL 2019, Perak Bison, terpaksa menggantikan Muhamad Asyraaf Abdul Hadi bagi menghadapi kempen Trofi Juara-juara STL di Johor Bahru bermula Ahad ini.

Ini kerana apit kiri itu masih merawat kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Pengurus pasukan, Shamsul Istar Ibrahim Istar, berkata tindakan itu diambil selepas mendapat laporan perubatan mengenai kecederaan Asyraaf.

"Kami menggantikan Asyraaf dengan Azwan Muhrim," katanya.

Perak Bison menampilkan dua tekong, iaitu Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin dan Natthawut Naewprom, serta dua apit kanan, Amirul Ramadhan Fadzillah Suhaimi dan Muhammad Fadzil Mustapa, bagi menghadapi kejohanan jemputan itu.

Shamsul berkata Bison diundi dalam kumpulan A bersama Penang Black Panthers, Johor Tigris, Phillipines Navy Seal, Korea Selatan dan Ratchaburi Takraw Club (Thailand).