Perak Bison dibawa melawat ke Bali mulai esok sebagai hadiah muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) 2019.

Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PERSEDAR), Mohd Jaffrey Mohd Zainol, berkata Bison akan berada di sana selama empat hari tiga malam.

"Lawatan ini sebagai ganjaran kepada pasukan selepas menjuarai STL tahun ini. Mereka memang pergi untuk bercuti dan melancong.

"Tiada sebarang perlawanan diatur semasa di sana," kata Jaffrey yang juga pengurus pasukan.

Perak sedang membuat persiapan bagi menghadapi trofi Juara-Juara yang akan berlangsung di Johor Bahru bulan depan.

Lima pasukan STL, iaitu ATM Guardians, Johor Tigris, Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors serta lima negara luar iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan China akan menyertai kejohanan itu.