STL: Turtles ke Divisyen Satu tahun depan

Oleh Azizan Hashim 2 November 2019 1365
STL: Turtles ke Divisyen Satu tahun depan
Terengganu Turtles mengiringi Sabah Mountaineers ke Divisyen Satu Liga Sepak Takraw (STL) tahun depan apabila tumpas 2-0 di tangan Kuala Lumpur Thunder, sebentar tadi.

Kekalahan 16-21, 15-21 itu menyaksikan Turtles menamatkan cabaran di kedudukan ke-11 dengan mengutip lapan mata sementara KL Thunder mencipta kemenangan ke-19 mereka untuk mengutip 18 mata.

Thunder yang menurunkan trio Izuan Effendi Azlan (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Norhafizi Razak hanya mengamil masa 19 minit untuk menang set pertama.

Walaupun Narongsak Jittisak (tekong), Hasmadi Wahab (pengumpan) dan Bazli Azim Nik cuba bangkit dalam set kedua, mereka tidak terdaya menyekat kemenangan lawan.

Sementara itu, juara bertahan, Penang Black Panthers, mengalami kekalahan mengejut 1-2 di tangan Negeri Sembilan Antlers.

Ia adalah kekalahan keenam berturut-turut Panthers, sekali gus merencatkan peluang mereka mempertahankan gelaran kali ini.

Dalam perlawanan semalam, Antlers yang membariskan Hisham Mat (tekong), Zuleffendi Sumairi (pengumpan) dan Khairol Zaman Akhbar (perejam) menang set pertama 21-13.

Bagaimanapun, tekong Panthers, Said Ezwan Said De, Zulhusni Basri (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) bangkit dalam set kedua dengan kemenangan 21-17.

Namun, Antlers memperbaiki persembahan mereka untuk memenangi set penentuan 21-14.
 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen