STL: Sabah Mountaineers kembali ke Divisyen Satu

Oleh Azizan Hashim 1 November 2019 511
STL: Sabah Mountaineers kembali ke Divisyen Satu

Sabah Mountaineers sah kembali ke Divisyen Satu Liga Sepak Takraw (STL) 2020 apabila menamatkan cabaran di tangga tercorot Liga Premier musim ini.

Sebarang impian menyelamatkan pasukan tidak kesampaian apabila tumpas 2-0 kepada Negeri Sembilan Antlers dalam perlawanan terakhirnya di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam ini.

Dengan kekalahan itu, Mountaineers kekal dengan empat mata selepas tamat 18 perlawanan.

Antlers yang menurunkan tekong, Hisham Mat, Zuleffendi Sumairi (pengumpan) dan Khairol Zaman Akhbar (perejam) hanya mengambil masa 32 minit untuk mengetepikan lawan 21-10, 21-7.

Dengan kejayaan itu Antlers mengutip 16 mata untuk menduduki kedudukan ketujuh dan mempunyai baki dua perlawanan iaitu bertemu Penang Black Panthers esok dan Kuala Lumpur Thunder pada hari Ahad .

Malah Antlers juga mampu menghela nafas lega kerana  setakat ini sudah melayakkan diri ke Piala Juara STL yang akan diadakan di Johor Baharu, 22-28 Disember depan.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen