STL: Penang Black Panthers kembali ke puncak

Oleh Staff Writer 28 September 2019
STL: Penang Black Panthers kembali ke puncak
PENANG BLACK PANTHERS 2 TERENGGANU TURTLES 0

Penang Black Panthers melonjak ke takhta Liga Sepak Takraw (STL) setelah menampilkan aksi meyakinkan untuk membenam Terengganu Turtles 21-16, 21-11 di Spice Arena Pulau Pinang, sebentar tadi.


Aksi hari kedua minggu keempat itu menyaksikan juara bertahan itu yang diterajui perejam negara, Azlan Alias, Zaim Razali dan Ezwan Said menepati reputasi mereka selaku pasukan pilihan apabila bermula dengan agresif menentang Terengganu.

Walaupun pada awalnya Terenggnu masih boleh menyamai rentak yang ditampilkan tuan rumah, namun gabungan terbaik trio Black Panthers itu menyaksikan mereka mengungguli set pertama 21-16 dalam aksi selama 25 minit.

Set kedua, Penang menggandakan asakan dengan menjadikan sokongan padu penyokong tempatan yang membanjiri Spice Arena sebagai suntikan semangat, ditambah dengan kesilapan servis yang kerap dilakukan Terengganu memastikan juara bertahan itu merakam kemenangan penuh bergaya 21-11 dalam set kedua.

Keputusan lain:

PDRM DEFENDERS 2 SABAH MOUNTAINEERS 0


PERAK BISON 2 NEGERI SEMBILAN ANTLERS 0

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen