STL: Bison tidak fikir soal kejuaraan

Oleh Staff Writer 2 November 2019 1717
STL: Bison tidak fikir soal kejuaraan
Perak Bison mengetepikan dahulu soal memenangi gelaran Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih, Ismi Hissan Ismail, mahu anak buahnya memberikan tumpuan penuh terhadap misi menamatkan kempen dengan kemenangan dalam baki dua perlawanan, bermula dengan bertemu Johor Tigris malam ini dan diikuti pertembungan dengan juara bertahan, Penang Black Panthers, malam esok.

"Lupakan dahulu soal memenangi gelaran. Apa yang penting ialah memenangi dua baki perlawanan.

"Saya tidak mahu meletakkan tekanan berlebihan yang hanya akan memberikan bebanan kepada mereka," katanya.

Jurulatih itu mengakui anak buahnya mengalami tekanan untuk beraksi di gelanggang sendiri kerana menyedari tuntutan tinggi penyokong setiap kali turun beraksi di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

"Bermain di depan penyokong sendiri memang memberikan tekanan kepada pemain yang menyebabkan persembahan mereka terjejas.

"Ada pemain, terutama yang tidak biasa beraksi, memang gemuruh dan tidak boleh memberikan persembahan terbaik.

"Lebih mudah beraksi di gelanggang luar daripada di tempat sendiri," ujarnya.

Tidak seperti bola sepak, sukan sepak takraw dimainkan di gelanggang yang lebih kecil dan penonton berada lebih dekat dengan gelanggang.

"Penonton bola sepak jauh. Pemain boleh lari ke sebelah lain jika dikecam dan dicemuh penonton. Sepak takraw tidak seperti itu," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen