Sikap mudah selesa punca Pahang gagal -- Nor Azam

Oleh Staff Writer 21 Oktober 2019 1318
Sikap mudah selesa punca Pahang gagal -- Nor Azam
Pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih, mengakui sikap mudah berasa selesa menjadi punca skuad Tok Gajah itu gagal meraih kemenangan ke atas Kedah dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman kelmarin. 

Perancang utama itu menghasilkan gol pada minit ke-79 untuk meletakkan skuad kendalian Dollah Salleh itu mendahului 3-2, namun Kedah bangkit menyamakan kedudukan dalam waktu kecederaan.

Baginya, keputusan itu merupakan satu kerugian dan mereka perlu memperbaiki segala aspek menjelang aksi timbal balik di Kuantan, Sabtu ini.

"Saya rasa ia memang salah satu punca.

"Ada antara (pemain) kami yang main-main.

"Saya harap kami dapat memperbaiki perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, penyerang Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak, enggan diangkat sebagai wira skuad Lang Merah itu.

Baginya, gol penyamaannya pada lewat permainan itu merupakan hasil kerjasama sepasukan. 

"Dengan masa yang ada, saya percaya jurulatih akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki bahagian pertahanan dan serangan.

"Dan saya percaya kami masih ada peluang untuk ke final," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen