Secara kiraan matematik, peluang Sabah untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia daripada Kumpulan C masih ada jika memenangi baki dua perlawanan.

Walaupun belum memiliki sebarang mata setakat ini, anak buah Jelius Ating itu berupaya untuk merosakkan impian juara bertahan, Perak, selain Pulau Pinang.

Skuad Tambadau itu akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Likas malam ini sebelum melayani kunjungan Perak, Rabu ini.

Jika memenangi kedua-dua perlawanan itu, maka Sabah akan mengutip enam mata.

Dan jika Perak dan Pulau Pinang gagal mengutip sebarang mata daripada dua perlawanan terakhir, mereka yang akan melopong kerana sekadar meraih lima mata.