Peluang PKNP FC ke suku akhir kembali terbuka

Oleh Azizan Hashim 13 September 2019 214
 Peluang PKNP FC ke suku akhir kembali terbuka
PKNP FC 4  UiTM FC 0

PKNP FC menghidupkan sisa-sisa peluangnya ke suku akhir Piala Malaysia 2019 dengan merakam kemenangan 4-0 ke atas UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung, sebentar tadi.


Begitupun, sebarang peluang anak buah Abu Bakar Fadzim itu kini bergantung kepada keputusan perlawanan terakhirnya dengan Petaling Jaya City FC di gelanggang sendiri, Selasa ini.

PJ City tumpas 2-3 kepada JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membuka peluang kepada PKNP FC.

Dalam perlawanan malam ini, Giancarlo Lopes menyumbang hatrik untuk membantu tuan rumah mencapai kemenangan sementara satu lagi gol dijaringkan oleh Hafiz Ramdan.

Pemain import tinggi lampai itu membuka jaringan apabila menanduk masuk hantaran Hafiz pada minit ke-11.

Bagaimanapun, tuan rumah gagal menambah kelebihan walaupun mencipta banyak peluang.

Walaupun pelawat cuba memberi tentangan, mereka tidak berupaya memecah benteng tuan rumah.

Sebaliknya, PKNP menambah derita anak buah Ismail Zakaria itu melalui Hafiz pada minit ke-65, diikuti dua lagi tindakan pemusnah oleh Lopes (m-85 dan 88) bagi menamatkan sebarang impian pelawat untuk bangkit.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen