Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, yakin dengan kekuatan pasukannya menjelang perlawanan menentang Pahang dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di laman sendiri malam esok.

Jurulatih kelahiran Singapura itu mengesahkan pasukannya akan turun dengan kekuatan sebenar tanpa sebarang masalah kecederaan mahupun penggantungan pemain.

"Shakir (Hamzah) sebelum ini cedera manakala Eddy (Edgar Bernhardt) pula baru pulang dari Kyrgyzstan.

"Setakat ini, semuanya nampak positif.

"Tiada sebarang kecederaan dan kesemua pemain nampak segar.

"Alhamdulillah, setakat ini semua pemain sudah bersedia untuk diturunkan," katanya.