Gol kedua JDT rentap semangat Kedah -- Aidil Sharin

Oleh Staff Writer 3 November 2019 898
Gol kedua JDT rentap semangat Kedah -- Aidil Sharin
"Gol itu bunuh semangat kami."

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, meluahkan rasa kecewa apabila mengakui jaringan sepakan percuma Safawi Rasid melenyapkan api perjuangan skuad Lang Merah itu dalam final Piala Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, beliau tetap berbangga dengan komitmen pemainnya yang tetap berjuang memberi tentangan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pengendali dari Singapura itu juga mengakui ketiadaan tiga tonggak merencatkan percaturannya tetapi enggan menjadikan ia sebagai alasan kekalahan.

"Ya, saya boleh katakan jaringan kedua itu mengecewakan dan pemain tampak terganggu kerana berpendapat ia tidak sah. Namun, ada pengadil dan keputusan perlu dihormati. Secara keseluruhan, ia mungkin berbeza jika kami memiliki kesemua pemain," katanya.

Dalam masa sama, Aidil tSharin erpaksa mengetepikan khidmat Fernado Rodriguez pada saat-saat akhir ekoran kecederaan setelah kehilangan Rizal Ghazali dan Renan Alves kerana digantung perlawanan.

"Memang tidak mudah apabila kehilangan mesin gol. Seperti saya katakan, dengan keadaan cuaca dan padang yang tidak baik dalam latihan, ia tidak mudah," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen