Dollah gusar Tok Gajah hilang momentum 

Oleh Staff Writer 14 September 2019 412
Dollah gusar Tok Gajah hilang momentum 
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, gusar langkah sumbang kesebelasan utamanya selepas kehilangan enam pemain penting selama tiga minggu kerana tugasan negara.

Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih, Matthew Davies dan Norshahrul Idlan Talaha antara yang mendapat panggilan kem kebangsaan.

Ia termasuk Saddil Ramdani untuk skuad Indonesia dan Safuwan Baharudin untuk Singapura ketika kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023, baru-baru ini.

Tiga minggu adalah tempoh yang lama dan keenam-enam pemain berkenaan sekadar menjalani latihan kurang seminggu sahaja di bawah bimbingannya sebelum berlepas ke Ipoh, Perak.

"Kami dalam prestasi terbaik. Kami tidak pernah kalah lagi (saingan di peringkat kumpulan) selain mengutip mata penuh. 

"Berikutan Piala Malaysia berehat tiga minggu, saya harap ia dapat diatasi malam ini ," katanya.

Kecemerlangan Tok Gajah dengan rekod tanpa kalah dalam saingan itu mahu dikekalkan bekas bintang pasukan negara itu sebagai hasrat untuk melunaskan dendam ekoran kekalahan kali terakhir beraksi di Stadium Perak ketika perlawanan separuh akhir Piala FA yang lalu. 

"Kalah adalah kalah, itu semua (asam garam dalam) bola sepak. 

"Tiada apa yang dikhuatirkan kerana ia sudah pun berlalu kerana kami juga telah mengalahkan mereka. 

"Apa yang saya risaukan sebaliknya adalah situasi sekarang," tambahnya. 

Pahang selesa mendahului Kumpulan C menerusi kutipan 12 mata menerusi rentetan empat perlawanan tanpa kekalahan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen