Pemain Pahang, Ahmad Syamim Yahya, melakukan penampilan kedua di pentas final Piala FA dengan hasrat menebus kehampaan tiga tahun lalu.

Pada tahun 2014, Syamim yang ketika itu menyarung jersi Felda United terpaksa berputih mata apabila tewas 1-2 di tangan Pahang.

Dalam aksi final kelmarin, Syamim yang kini bermain untuk skuad Tok Gajah sekali lagi dinafikan peluang untuk menjadi juara, kali ini tewas di tangan Kedah 2-3 dalam aksi di Stadium Shah Alam.

"Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan saya tetapi terpaksa menerima ia bukan rezeki saya," jelas Syamim.

Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad, turut menyuarakan kekecewaan sama selepas tewas kepada skuad Hijau Kuning.

"Kami cuba dan cuba tetapi ia jelas tidak menyebelahi kami," jelas Muslim.