Rodrigues sandaran PKNP

Oleh Azizan Hashim 17 April 2019 181
Rodrigues sandaran PKNP
PKNP FC berharap Giancarlo Lopes Rodrigues mampu melaksanakan tugas selaku pemusnah dalam pertemuan dengan PDRM FA dalam saingan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.

"Saya berharap dia mampu melakukan tindakan pemusnah seperti dalam tiga perlawanan sebelum ini.

"Dia semakin membuktikan ketajamannya dan kini menjadi sandaran utama PKNP untuk menghasilkan jaringan," kata ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim.

Pemain dari Brazil itu sudah menyumbangkan enam gol, termasuk empat dalam Liga Super setakat ini.

Bermula dengan kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur, Rodrigues menjaringkan gol ketika menentang Batu Dua FC (Piala FA) dan Terengganu FC.

Walaupun tidak menjaringkan gol ketika menentang Melaka United dalam perlawanan terbaru, penyerang berusia 29 tahun, Rodrigues, sentiasa menjadi ancaman kepada benteng lawan.

Abu Bakar juga lega kerana tiga awang import lain, Thomas Abbey, Yashir Pinto Islame dan Amani Aguinaldo turut mempamerkan keberkesanan masing-masing.

"Mereka sudah menemui sentuhan masing-masing dan mula memainkan peranan penting dalam pasukan," tambahnya.

Untuk pertemuan dengan skuad bimbingan E Elavarasan itu malam ini, Abu Bakar berharap pemainnya berupaya mengulangi rentak dan momentum kemenangan mereka.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen