JDT 0 PKNS 1

Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila perjuangan mereka dalam pusingan ketiga Piala FA berakhir awal selepas disingkirkan PKNS 1-0 dalam aksi di Stadium Larkin, sebentar tadi.


Harimau Selatan yang pada mulanya bermula garang, menerima padah pada minit ke-11 selepas Kiko Insa dikenakan kad merah gara-gara menyekat Faizat Ghazli.

Ini berikutan dia muncul sebagai pertahanan terakhir ketika mematahkan larian pemain PKNS itu.

Harimau Selatan dikecewakan Semut Merah melalui gol tunggal Kpah Sherman yang menyambut hantaran tinggi ketua pasukan, Akram Mahinan, tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Sementara itu, juara bertahan, Pahang, melepasi rintangan pusingan ketiga Piala FA biarpun terpaksa menanti sehingga pada minit ke-84 sebelum mengesahkan kemaraan.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu mempertaruhkan barisan yang mirip kesebelasan ketika menentang PKNS FC, Ahad lalu, untuk aksi di Stadium KLFA, Cheras.

Namun, tuan rumah, UKM FC, kental mematahkan deretan percubaan berbahaya Tok Gajah termasuk lebih sedozen sepakan penjuru yang dilancarkan.

Begitupun, benteng UKM akhirnya terkulai juga pada penghujung permainan selepas tindakan ketua pasukan Pahang, Matthew Davies, yang cuba melakukan hantaran lintang rendah, sebaliknya melihat umpanannya itu mengelirukan pertahanan dan penjaga gol lawan, Khatul Anuar Md Jalil.

Untuk itu, Pahang, Perak dan PKNP akan mengiringi Felda United, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur untuk undian suku akhir, esok.

Keputusan lain:

JERANTUT FA 1 PERAK 2

PKNP 3 PDRM 2