PKNS 4 KELANTAN 1

PKNS FC mara ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Kelantan 4-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.


Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu sekali lagi bertemu Kelantan dalam pusingan 16 Piala FA apabila menewaskan mereka 1-0 dalam perlawanan Liga Super, minggu lalu.

Memiliki semangat serta keyakinan untuk mengatasi skuad kendalian Yusri Che Lah itu, PKNS membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan penalti Romel Morales sebelum Mahali Jasuli menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Selepas perlawanan bersambung, Kelantan cuba untuk mengejar kedudukan tetapi PKNS berjaya mengambil kesempatan untuk terus melebarkan kedudukan dengan jaringan Safee Sali pada minit ke-61 sebelum Rafael Ramazotti meledak gol keempat pada minit ke-68.

Jaringan sagu hati The Red Warriors dihasilkan oleh sepakan penalti Mohammed Ghaddar pada penghujung permainan.

Keputusan lain:

PAHANG 1 KEDAH 0

P PINANG 1 PERAK 3

UiTM 2 JDT 3

MELAKA UNITED 1 KUALA LUMPUR 1
(Kuala Lumpur menang 2-1 menerusi penentuan sepakan penalti)

Kredit: PKNS FC