PKNP FC melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2018 selepas menundukkan Kuantan FA 3-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang semalam.

Dalam perlawanan itu, ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, melakukan rombakan kesebelasan utama dan menyifatkan ia percaturan yang berbaloi dan melahirkan keputusan positif.

"Saya melakukan rombakan di beberapa posisi. Ahmad Asyraf kembali diberi kerpercayaan menjaga gawang, barisan pertahanan pula saya memasukkan Raffi Nagoorgani dan serangan, Fandi Ahmad.

"Ini salah satu pendekatan saya supaya sentiasa mewujudkan persaingan positif di kalangan mereka (pemain)," katanya.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-33 hasil tandukan cantik ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, dan PKNP menambah jaringan melalui rembatan Gisung Yeong sebelum Shahrel sekali lagi menyumbat gol melalui sepakan penalti.

Keputusan itu menjadikan PKNP pasukan pertama layak ke pusingan suku akhir Piala FA.

"Keputusan perlawanan ini juga menjadi pemangkin PKNP untuk terus berjuang," ujarnya.