Gergasi Merah berjuang bagaikan aksi final 

Oleh Staff Writer 19 Mac 2018 2987
 Gergasi Merah berjuang bagaikan aksi final 
"Ia ibarat final". Demikian reaksi penyerang Selangor, Rufino Segovia, yang menyumbangkan dua gol dalam usaha memastikan kemenangan 3-1 Selangor dalam aksi Piala FA. 

Selepas rentetan tiga kekalahan, Rufino melihat kebangkitan Gergasi Merah di Kuala Terengganu dalam tempoh 95 minit begitu luar biasa. 

Tiada lagi aksi hambar dan kekecewaan berganda, sebaliknya kebangkitan pada Jumaat lalu amat istimewa. 

Ia membawa maksud Selangor berjaya menempah slot ke suku akhir selepas kegagalan kebelakangan ini mencetuskan keraguan terhadap kemampuan mereka. 

"Kami tidak boleh kalah dalam perlawanan ini, kami membuktikannya sebaik sepak mula. 

"Ini adalah aksi terbaik kami musim ini," kata penggempur dari Sepanyol itu. 

Tegas Rufino, dia bersama rakan sepasukan melabel aksi penting itu seperti final demi menguatkan motivasi masing-masing. 

"Perlawanan ini amat mustahak buat kami membina keyakinan. 

"Saya amat gembira untuk pasukan dan barisan pemain," ujarnya lagi. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen