Kerber: Williams sumber inspirasi terbaik

Oleh Staff Writer 15 Julai 2018 744
Kerber: Williams sumber inspirasi terbaik
Angelique Kerber memuji Serena Williams dan menganggapnya sebagai inspirasi selepas menewaskan pemain veteran Amerika Syarikat itu untuk memenangi gelaran Wimbledn pertamanya, semalam.

Williams gagal mempamerkan aksi cemerlang di Gelanggang Margaret untuk merekodkan kemenangan 24 gelaran grand slam, dengan pertahanan ampuh Kerber dan ketajamannya membenarkan gelaran kejohanan utama yang ketiga buatnya.

Tiada apa yang memalukan Williams dalam kekalahan ini, terutama sekali dia telah terlantar selama enam minggu selepas melahirkan anak pertamanya, 10 bulan lalu.

Kerber, yang tewas kepada Williams dalam aksi final kejohanan ini dua tahun lalu, memuji lawannya -- pemenang Wimbledon tujuh kali itu.

"Ia merupakan impian jadi kenyataan," kata Kerber.

"Williams, anda seorang manusia yang hebat dan sang juara, inspirasi kepada semua yang menonton. Saya pasti anda akan memenangi gelaran grand slam seterusnya, jadi saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda yang telah kembali beraksi.

"Saya menyedari perlu menampilkan aksi terbaik untuk mengatasi Williams. -- saya sangat berbangga kerana dapat bertemunya dalam gelanggang.

"Ia merupakan peluang kedua saya beraksi di gelanggang ini, saya menikmati setiap saat beraksi di sini dan terima kasih di atas sokongan anda semua."

Kerber merupakan wakil Jerman pertama sejak Steffi Graf pada 1996 tuntuk memenangi gelaran Wimbledon dan pemain pilihan ke-11 itu turut memberikan pujian kepada pasukannya.

"Terima kasih kepada pasukan saya, keluarga dan rakan-rakan yang menyaksikan saya beraksi. Tanpa anda, saya tidak mungkin berada di sini."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen