Yee Fatt: Kami tidak akan mengaku kalah

Oleh Staff Writer 20 Jun 2019 239
Yee Fatt: Kami tidak akan mengaku kalah
Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt, tetap tidak mahu mengibar bendera putih ketika pasukannya berdepan situasi sukar untuk mengelak penyingkiran daripada Liga Super susulan kekalahan kepada Melaka semalam.

Aksi berdepan anak buah Zainal Abidin Hassan itu menjadi peluang terbaik buat skuad Warga Kota meraih tiga mata bagi menjarakkan kedudukan daripada zon penyingkiran.

Lebih getir, lawan menanti selepas ini adalah pasukan gergasi seperti Pahang dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
 
Namun, hasrat anak buah Yee Fatt tidak kesampaian apabila tewas 1-0 tatkala Patrick Reichelt muncul wira Melaka menerusi gol tunggal perlawanan.

"Jika kami tidak cuba, kami membiarkan lawan nampak lebih baik. Jadi, kami akan cuba sehabis baik dan belum mengaku kalah," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Melaka naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan keempat liga selepas berjaya memintas Selangor dan Perak.

Zainal percaya pasukannya mampu muncul sebagai tiga pasukan terbaik musim ini andai kekal konsisten sehingga aksi terakhir liga.

"Ini adalah peluang terbaik kami dan juga kehendak kami berada dalam kelompok empat teratas. Jadi, apa yang penting adalah keputusan yang diraih," ujar bekas pemain kebangsaan itu.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen