Wan Zack kini lebih yakin

Oleh Staff Writer 22 Januari 2020 528
Wan Zack kini lebih yakin
Pemain Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor, optimis mampu kembali dalam keadaan lebih bersedia dalam Liga super musim ini walaupun terlepas aksi sepanjang tahun lalu akibat kecederaan lutut.

Hanya tinggal sebulan lagi sebelum bermulanya Liga Super dan skuad Gergasi Merah itu sudah menyatakan mereka kini 50 peratus bersedia selepas aksi Piala Cabaran Asia.

Ahad lalu, dalam perlawanan Piala Cabaran Asia menentang Bangkok United, Wan Zack hanya beraksi selama 10 minit sebelum dikeluarkan dalam separuh masa kedua.

Walaupun kelihatan seperti dilanda kecederaan, pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin, menjelaskan pemain sayap itu tidak dilanda sebarang kecederaan serius dan akan bersedia untuk beraksi 29 Februari depan.

"Dia mengalami sedikit kecederaan paha tetapi tiada apa yang serius. Saya rasa dalam seminggu atau dua minggu dia akan pulih. Dalam waktu sekarang, insya-Allah dia akan bersedia untuk aksi hujung bulan nanti," katanya.

Bagi Wan Zack, walaupun dia tidak beraksi selama semusim, ia bukan satu penghalang baginya untuk mempamerkan prestasi yang baik bagi tahun 2020.

"Saya kini lebih yakin setiap hari. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik dalam Liga Super musim ini," katanya.




Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen