Tambadau bakal bawa masuk bintang Liga Super?

Oleh Willie Jude  16 Oktober 2019 13854
Tambadau bakal bawa masuk bintang Liga Super?
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, hari ini membayangkan akan membuat kejutan dengan membawa masuk beberapa pemain berprofil tinggi untuk menyarung jersi skuad Tambadau musim depan. 

"Barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan sebenarnya sudah kita senarai pendek, namun nama-nama itu kita belum boleh umumkan sehinggalah perjanjian dimuktamadkan.

"Kalau saya umumkan sekarang, apa lagi yang saya mahu umumkan nanti," katanya dalam sidang media selepas Kongres Tahunan SAFA 2019 di Kota Kinabalu, hari ini. 

Ketika diminta memberi bayangan siapakah pemain dimaksudkan, Peter enggan berbuat demikian, sebaliknya secara berjenaka menjawab pemain itu nanti sememangnya memiliki kualiti yang baik. 

"Ya akan ada kejutan, sememangnya ada kejutan, mungkin lebih bagus daripada daripada JDT (Johor Darul Ta'zim).

"Sekurang-kurangnya kalau kita boleh bawa penjaring terbanyak dunia pun, kita akan bawa masuk," katanya berseloroh.

Sementara itu, beberapa sumber mengatakan pemain yang akan cuba dibawa masuk skuad Tambadau antaranya adalah pemain berstatus bintang dalam saingan Liga Super. 

Sabah akan kembali beraksi di pentas Liga Super musim depan selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim ini.

Tentang Penulis

Willie Jude 

Komen