Syazwan Andik beri impak kepada The City Boys

Oleh Staff Writer 1 Februari 2018 5448
Syazwan Andik beri impak kepada The City Boys
Pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusof, mengakui kehadiran Syazwan Andik dalam skuad The City Boys memberikan impak besar kepada dirinya untuk terus meningkatkan prestasi sebagai pilihan utama musim ini.

Azmeer merupakan tonggak pertahanan kiri skuad Kuala Lumpur sejak bersama pasukan itu musim lalu.

Mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim 2017, tempat bekas pemain Kedah dan Perak ini, bagaimanapun, tampak tergugat susulan kehadiran Syazwan.

Syazwan, yang memiliki reputasi hebat selaku tonggak B-23 negara, menyerlah di posisi bek sayap kiri dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Kunshan, China, baru-baru ini.

"Pada pendapat saya, kehadiran Syazwan memberikan impak kepada saya dan setiap pemain di dalam pasukan untuk terus berusaha mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan," kata Syazwan.

Azmeer, bagaimanapun, dijangka membarisi kesebelasan utama untuk pertemuan menentang Selangor pada Ahad ini susulan Syazwan baru sahaja menyertai pasukan minggu ini.

Mengulas mengenai perlawanan pertama Liga Super itu, ini reaksi Azmeer: "Menang merupakan sasaran utama kami. Ia akan meningkatkan moral pasukan jika mencipta kemenangan ketika berdepan Selangor."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen