Stuart: Penggunaan geran langsai hutang tidak akan berlaku musim depan

Oleh Staff Writer 13 Februari 2019 616
Stuart: Penggunaan geran langsai hutang tidak akan berlaku musim depan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, memberi amaran setiap pasukan perlu lebih bertanggungjawab selepas ini kerana penggunaan geran untuk melangsaikan hutang tidak akan berlaku musim depan.

Bimbang hal itu akan menjadi kebiasaan, Stuart menegaskan penggunaan geran akan kembali ke objektif asal musim depan.

Ia bukan lagi alternatif kedua untuk persatuan mahupun kelab menampung tunggakan pembayaran gaji buat pemain dan jurulatih sedangkan misi sebenar penggunaan geran adalah untuk perbelanjaan pasukan sepanjang musim.

"Isu ini semakin kronik dan FAM terpaksa mengambil langkah proaktif supaya kemelut ini tidak berulang," katanya.

Stuart menuntut setiap pasukan agar lebih bertanggungjawab dan isu tunggakan gaji bukan lagi masalah yang membelenggu pasukan hingga mengganggu kelancaran saingan Liga Malaysia.

"Kami akan memastikan geran yang diberikan tidak akan digunakan untuk melangsaikan hutang tunggakan gaji," katanya.

Jika ia tidak berlaku, tiada ruang akan ditempatkan untuk mana-mana pasukan dan kelab menyertai saingan Liga Malaysia.

Sementara itu, FAM perlu memberikan tempoh 24 hingga 48 jam lagi kepada dua pasukan, iaitu Afghanistan dan Singapura, berhubung slot Piala Empat Negara.

Kuwait tidak meberikan sebarang reaksi dan dianggap tidak berminat oleh FAM.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen