Kapten Perak, Shahrul Saad, mahu mengekalkan momentum positif dalam baki perlawanan Liga Super musim ini ketika pasukannya akan berdepan Petaling Jaya City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Selepas saingan peringkat domestik berehat selama hampir tiga minggu bagi sambutan Aidilfitri, Shahrul menganggap tugasannya bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru lalu akan membantunya mengekalkan tahap kecergasan dan momentum positif dalam perlawanan.

"Saya tidak bercuti raya dan meneruskan latihan dengan skuad kebangsaan.

"Saya rasa ia banyak membantu diri saya sendiri.

"Harap-harap saya dapat membantu pasukan Perak untuk meningkatkan kedudukan kami dalam liga," katanya.