Sembilan pemain tinggalkan TFC

Oleh Tengku Danish Bahri 10 November 2018 25307
Sembilan pemain tinggalkan TFC
Sembilan pemain, termasuk seorang awang import, disahkan tidak akan bersama Terengganu FC (TFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan TFC hari ini, antaranya ialah tonggak lincah, Mohd Faiz Nasir, sekali gus menguatkan khabar angin mengaitkannya dengan Melaka United.

Turut memilih untuk bertukar angin ialah dua penjaga gol simpanan, Mohd Faizal Yusof dan Mohd Syazwan Yusoff, pemain pertahanan, Mohd Fitri Omar, Abdul Latiff Suhaimi serta Azi Shahril Azmi.

Bekas pemain T-Team, Muhammad Fauzi Kadar, dan pemain Korea Selatan, Do Dong-hyun, juga gagal memikat Irfan Bakti Abu Salim selain J. Partiban yang memilih untuk kembali ke Perak.

"Terima kasih di atas segala jasa dan selamat maju jaya buat mereka yang akan meninggalkan pasukan ini untuk musim depan.

"Semoga karier anda terus berkembang," kata kenyataan itu.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen