Selangor belum cukup berbisa -- Sathianathan 

Oleh Staff Writer 16 Mei 2019 901
Selangor belum cukup berbisa -- Sathianathan 
Selangor menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di Stadium Shah Alam untuk menghuni kedudukan ketiga terbaik Liga Super selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Kedah, malam tadi. 

Selangor tidak rela gigit jari di laman sendiri dan Ifedayo Olusegun, yang membuat penampilan pertama, menjadi sandaran untuk menyelamatkan musim Skuad Merah Kuning. 

Selangor menguasai aksi malam tadi tetapi terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk memecahkan kebuntuan.

Sepakan percuma Sandro Da Silva disempurnakan Olusegun untuk Selangor mula memimpin permainan.

Jaringan pertama itu umpama suntikan semangat buat Selangor dan Olusegun sekali lagi mencetak jaringan kedua pada minit ke-44.

K. Sarkunan membuat hantaran sempurna untuk penggempur dari Nigeria itu menyempurnakan hatriknya dalam babak kedua.

Sekalipun cuba bangkit, dua percubaan yang terkena tiang selain jaringan Fernando Rodriguez Ortega yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit-63 hanyalah sebagai sagu hati buat Lang Merah pulang hampa. 

"Saya ingin bercakap tentang kegagalan kami melepaskan deretan pulang. Dalam separuh masa pertama sahaja, kami patut menjaringkan tujuh gol, kalau tidak Kedah pasti kalah besar malam ini.

"Mereka mendapat gol selepas membuat pertukaran pemain, itu biasalah bagi seorang pemain yang masih segar. Selepas itu, mereka tidak mencipta gerakan berbahaya lagi. 

"Kalau saya jadi jurulatih mereka, saya juga akan arahkan ramai pemain supaya naik ke atas," kata jurulatih Selangor, B. Sathianathan. 

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menganggap aksi separuh masa pertama barisan pemainnya telah memakan diri: "Seperti yang saya katakan sebelum ke mari, ini bukan perlawanan yang mudah. 

"Penampilan Kedah dalam separuh masa pertama tidak bagus tetapi kami bangkit dalam babak kedua dengan menunjukkan sikap yang positif bagi membuktikan di mana kami sepatutnya berada."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen