Reuben yakin PKNS miliki barisan pemain berkualiti

Oleh Staff Writer 18 Disember 2017 3229
Reuben yakin PKNS miliki barisan pemain berkualiti
Bek kanan baru PKNS FC, K. Reuben, percaya pasukannya memiliki ramuan yang mencukupi untuk membentuk barisan ampuh menempuhi saingan Liga Super.
 
Bagi Reuben, pengendali pasukan, Datuk K. Rajagobal, telah membuat keputusan tepat mengekalkan beberapa tonggak senior bagi digandingkan dengan muka baru untuk menempuhi musim 2018.

Selain Reuben, antara muka baru bersama PKNS musim depan ialah Nurridzuan Abu Hassan, Rodney Calvin, Mohd Qayyum Marjoni Sabil dan Faizat Ghazli.

"Rajagobal telah membuat keputusan yang tepat dengan mengekalkan beberapa pemain-pemain daripada musim lalu untuk menghasilkan gandingan yang berkualiti dengan pemain-pemain baru bagi menghadapi musim 2018," katanya.

Sementara itu, Rajagobal masih belum memutuskan awang import PKNS.

Biarpun terdapat beberapa calon import yang sedang menjalani pemilihan, jurulatih itu enggan membuat keputusan terburu-buru.

"Kami masih lagi memberi peluang kepada pemain-pemain import yang hadir menjalani latihan bersama kami untuk dinilai sebelum diserap ke dalam pasukan," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen