Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, memuji kekebalan kubu pertahanannya yang sekadar dibolosi dua gol selepas enam perlawanan, sekali gus menjadi kunci utama kejayaan menewaskan Felda United 2-0 dalam aksi Liga Super semalam.

PKNS berkongsi status pasukan paling kurang bolos bersama Kedah setakat ini.

Pujian untuk pertahanan seperti Tamirlan Kozubaev, Nicholas Ryan Swirad, Muhammad Qayyum Marjoni dan penjaga gol, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin yang beraksi cemerlang.

Ditambah dengan barisan penyerang berbisa, ramuan yang lengkap menyaksikan PKNS meraih kemenangan ketiga di Stadium Shah Alam.

"Setakat ini, pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan PKNS. Terdapat beberapa aspek yang diperlu dipetingkatkan lagi untuk aksi akan datang," kata Rajagobal.

"Bagi saya, PKNS dibarisi skuad yang berkemampuan untuk beraksi cemerlang sementara beberapa pemain yang tidak digunakan di bangku simpanan sementara terdapat pemain masih dibelenggu kecederaan," kata Swirad.

Felda pula harus menerima hakikat kekurangan dua pemain import, termasuk ekoran masalah pendaftaran, menyaksikan mereka gagal mengekalkan rentak kemenangan minggu lalu.

"Kami berusaha untuk mengikut rentak permainan mereka tetapi PKNS mempamerkan persembahan yang cukup matang, ditambah pula barisan pemain import yang efektif," kata pengendali Felda, Mohd Nidzam Jamil.