PRU14 beri impak kepada persatuan bola sepak negeri

Oleh Staff Writer 11 Mei 2018 12196
PRU14 beri impak kepada persatuan bola sepak negeri
Pemerhati sukan negara, Rizal Hashim, mengakui perubahan politik beberapa kerajaan negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan akan memberi impak kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Malaysia.

Kebanyakan persatuan bola sepak di negara ini mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri membabitkan sumber dana masing-masing.

Namun, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menyaksikan berlaku perubahan terhadap tampuk kempimpinan beberapa negeri.

Selain Melaka dan Negeri Sembilan, Kedah, Johor dan Perak juga berdepan situasi sama, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju bola sepak mereka selepas ini.

"Mungkin mereka harus melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri yang sama bagi kerjasama di antara persatuan dapat diteruskan," kata Rizal.

Perubahan politik pernah menyaksikan pasukan gergasi seperti Kedah gagal menyerlah selain Selangor yang kini berdepan kesukaran untuk berdaya saing gara-gara tidak mendapat sokongan kerajaan negeri.

Dan ini reaksi Persatuan Bolasepak Melaka dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berhubung perubahan itu.

"Hala tuju Melaka selepas bergantung kepada Ketua Menteri yang baru. Kami berharap apa yang telah dibina dapat diteruskan," kata pengurus Melaka, Datuk Wira Yusoff Mahadi. 

"Kami adalah ahli persatuan, bukan dalam bidang politik. Tetapi kami memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan bagi menjalankan perkara ini," kata Setiausaha Agung PAFA, Ahmad Shahrul Azhar Sofian.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen