Pengendali Melaka United (MU), Eduardo Almeida, mengakui skuad kendaliannya masih berada di bawah prestasi sebenar, dengan berbaki dua minggu sebelum wisel sepak mula Liga Super ditiupkan.

Dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan pra-musim termasuk di Vietnam, awal bulan ini, Almeida menegaskan dia kurang gembira dengan persembahan anak buahnya.

Bekas jurulatih T-Team itu turut kecewa gagal melihat rentak pemainan yang diharapkan dengan kekerapan mereka melakukan kesilapan di atas padang.

“Perlu bekerja lebih keras untuk mengubah sikap dan paling penting, pemain bersedia 100 peratus untuk aksi pertama nanti.

“Kami kesuntukan masa kerana banyak yang harus diperbaiki,” katanya selepas MU menamatkan saingan Piala Menteri Besar Terengganu dengan hanya satu kemenangan daripada tiga perlawanan.

Almeida turut memberitahu MU masih ada dua lagi aksi pemanas badan untuk memperkemaskan rentak pasukan sambil mencari 11 pemain terbaik kesebelasan utama.

“Saya akan menilai tempat pemain dalam pasukan mengikut kesesuaian perlawanan,” ujar Almeida.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association (MUSA)