Dua pasukan dalam saingan Liga Super 2018, PKNP FC dan Perak, akan membuat perhitungan siapa lebih hebat dalam pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Negeri Batu Kawan, Puulau Pinang, Ahad ini.

Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, menjelaskan walaupun sedar ianya perlawanan penting dalam percaturan kedudukan pasukan bagi aksi liga, namun baginya pertemuan ini membuktikan bola sepak adalah sukan popular di sini.

"Soal siapa menang atau kalah tidak penting dan bukan soal siapa lebih kuat tetapi ini sebagai tanda aras bahawa negeri Perak mempunyai ramai bakat-bakat muda yang mampu beraksi di peringkat tertinggi bolasepak Malaysia.

"Semestinya kedua-dua pasukan akan turun untuk memberi persembahan terbaik didepan penyokong dan peminat bolasepak negeri," ujarnya.

Mengenai persiapan PKNP FC, Bakar berkata, "Hafiz Ramdan dan Franklin Clovis boleh diturunkan setelah bebas daripada kecederaan. Harap kesebelasan utama kali ini mampu memberikan persembahan terbaik."