Perak mengganas di Ipoh

Oleh Hairi Yahaya 29 April 2018 18361
Perak mengganas di Ipoh
PERAK 3 KUALA LUMPUR 0

Perak melonjak ke tangga ketiga Liga Super apabila mengalahkan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Perak, malam ini. 


Separuh masa pertama, Perak bermula dengan garang yang bagaimanapun menyaksikan percubaan lemah Wander Luiz ditangkap kemas penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil, pada minit keempat.

Perak akhirnya berjaya di hadapan 1-0 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro Dos Santos pada minit ke-27 setelah Mohd Nor Hakim Hassan ditarik pertahanan, Firdaus Mohd Faudzi.

Permainan makin seimbang dalam separuh masa kedua apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pada minit ke 56, percubaan Wander Luiz berjaya dikeluarkan Bobijon Akbarov setelah penjaga gol gagal membaca percubaan penyerang Perak itu.

Perak makin mengganas dan melakukan beberapa lagi siri serangan, namun Kuala Lumpur masih kental bertahan.

Namun, skuad Warga Kota itu terkulai juga pada minit ke-65 apabila Wander Luiz menerkam bola muntah daripada dakapan Khatul Anuar hasil rembatan Gilmar Da Silva.

Gilmar terus menambah derita Kuala Lumpur apabila tendangannya berjaya menewaskan Khatul Annuar buat kali ketiga pada minit ke 72.
 

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen