Perak mungkin melengkapkan kuota awang import bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020 dengan mengambil seorang pemain dari Singapura.

Perkara itu didedahkan oleh ketua jurulatih pasukan The Bos Gaurus (TBG), Mehmet Durakovic.

"Saya telah pergi ke Singapura baru-baru ini untuk melihat calonnya.

"Memang ada yang menambat hati dan segalanya kini terserah kepada jawatankuasa tertinggi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), terutama presiden yang akan membuat keputusan, " katanya.

Pengendali itu mendedahkan bahawa skuad Yob sudah mempunyai empat pemain import apabila mengikat pemain Korea Selatan, Hyo Seok Jeon, baru-baru ini.

"Kami sudah mengikat Seok Jeon dan dia akan bergandingan tenaga dengan Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais (Careca) dan Guilherme De Paula," katanya.

Durakovic, yang bersama Perak untuk musim keempat, berharap dapat mengemudi pasukan Yob mencapai kejayaan dan menegaskan terdapat kekosongan dalam pasukan itu yang akan diisi oleh pemain import tempatan.

"Saya yakin masih ada pemain yang belum ada pasukan. Kami akan cuba mendapatkan khidmat mereka," katanya.

Namun, setakat ini tiada sebarang pemain dari pasukan lain menyertai latihan TBG yang bermula sejak Khamis lalu.



Editor: Nafis Abdullah