Penundaan aksi langkah elak penularan virus influenza 

Oleh Staff Writer 9 Julai 2019 738
 Penundaan aksi langkah elak penularan virus influenza 
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga dengan menunda aksi Liga Super membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PJ City FC kerana bimbang penularan virus inluenza merebak ke pasukan lain.

Virus yang mula menular dalam kalangan pemain JDT semalam, bertambah meruncing apabila jumlah pemain yang menghidap penyakit itu semakin bertambah.

Setakat laporan yang diterima, seramai 10 pemain senior di samping empat pemain JDT II, tiga pemain JDT III serta beberapa kakitangan dan jurulatih disahkan positif virus terbabit. 

"MFL menunda perlawanan berkenaan atas faktor keselamatan. 

"Kami tidak mahu virus ini merebak kepada PJ City, seterusnya boleh menjejaskan perjalanan liga," jelas Ketua Pegawai Operasi MFL, Sazly Shaik.

Sehubungan itu, pertemuan dengan PJ City di Stadium Larkin, esok, ditunda ke Selasa depan sebelum mereka menyambut kunjungan Terengganu, Jumaat depan. 

Perlawanan melibatkan Kuala Lumpur, Ahad ini, pula diawalkan kepada Sabtu sehingga menyaksikan Harimau Selatan terpaksa berdepan tiga perlawanan berturut-turut dengan dipisahkan tempoh rehat 48 jam di antara setiap perlawanan.

"Difahmakan. semakin ramai orang dijangkiti virus, jadi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan PJ City menerima penundaan tersebut," katanya lagi.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen