Pengurusan kerja keras pelan kelangsungan Felda United 

Oleh Staff Writer 12 Julai 2019 777
Pengurusan kerja keras pelan kelangsungan Felda United 
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Felda United, Afizal Abu Othman, menyasarkan pelan pemilikan dengan Felda United bagi menjamin status pasukan, pemain dan jurulatih pada masa depan. 

Setiap kali hujung musim, skuad The Fighters itu tidak akan lari daripada persoalan status mereka, sama ada akan meneruskan perjuangan dalam saingan liga atau sebaliknya.

Ada sahaja khabar angin yang bertebaran yang mempersoalkan kedudukan mereka, adakah ia akan diteruskan atau mengikut jejak sama seperti Felcra FC, Sime Darby mahupun Marcerra FC.

Afizal tidak mahu keadaan itu terus membelenggu pasukan setiap kali tiba penghujung musim.

"Felda perlu kekal dan pihak pengurusan juga sudah mempunyai perancangan dan cadangan. 

"Kami akan membentangkannya kepada ahli lembaga pengarah kelab dan harapan kami, cadangan itu akan membolehkan Felda United dikekalkan dalam jangka masa panjang," katanya. 

Usaha berkenaan sedang giat direalisasikan kerana mereka juga memerlukan kedudukan yang lebih jelas agar pelaksanaan jangka masa panjang lebih teliti boleh dirangka.

"Perkara ini sangat penting. 

"Kami pun tidak mahu perkara ini terus menjadi tanda tanya setiap hujung musim," tambahnya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen