Seramai 17 pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan Johor Darul Ta'zim (JDT) disahkan positif influenza.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, berkata kesemua pemain dijangkiti virus tersebut adalah terdiri daripada 10 pemain skuad JDT, empat (JDT II) dan tiga daripada pasukan JDT III.

Menurutnya, pihak kelab sudah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus itu dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata pihaknya sudah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.

-- BERNAMA