PAFA tolak peletakan jawatan Hasnul

Oleh Azizan Hashim 13 November 2018 1295
PAFA tolak peletakan jawatan Hasnul
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menolak peletakan jawatan presidennya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, tetapi dalam masa sama menerima peletakan jawatan timbalan presiden, Datuk Adly Shah Ahmad Tah. 

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jawatakuasa Eksekutif PAFA di pejabat persatuan itu, petang tadi. 

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 PAFA, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad, yang kini bertindak sebagai pemangku presiden persatuan itu. 

Menurut Yadzan, surat peletakan jawatan Adly Shah bertarikh 8 November manakala surat Hasnul pada hari ini. 

"Jawatankuasa Eksekutif menolak peletakan jawatan Hasnul dan meminta beliau mempertimbangkan keputusannya itu dalam tempoh dua minggu," kata Yadzan.

Bagaimanapun, pihak jawatankuasa menghormati keputusan Adly Shah meletakkan jawatan kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaannya. 

Yadzan juga menjelaskan penolakan peletakan jawatan Hasnul yang meletak jawatan Khamis lalu dibuat kerana PAFA berpendapat beliau perlu diberi peluang melaksanakan perancangan besar serta wawasan untuk memajukan bola sepak Perak. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen